Ahad, 21 Jun 2009
La Femme Desperado
Citer ni sedang ditayangkan di NTV7 setiap hari Isnin hingga Rabu Jam 11.00 malam. Teraju utama Melisa Ng, Raymond Lam, Sheren Tang dan Michael Tse. Citer ni dah lama dah sebenarnyer tahun 2006 lagi. Aku tengok citer ni best jugak ah. Jalan citernyer berkisarkan tentang pengkhianatan seorang lelaki terhadap wanita, kecekalan wanita meneruskan hidup dan percintaan perbezaan usia antara Melisa Ng dan Raymond Lam sebanyak 7 tahun. Disarankan buat TOK supaya intai-intai citer ni jangan syok sorang baca buku citer.
Ahad, 12 April 2009
Madah Pujangga
" Senyum dalam kesedihan
memberi seribu erti
memberi seribu erti
persoalan untuk ditafsirkan "
Bila aku terbaca kata madah pujangga ni je.... aku berfikir betul juga apa yang dimaksudkan
kesedihan mengambarkan situasi pada masa itu kalau kita memaparkan raut muka sedih.....
orang dah dapat agak mood kita pada masa tu.....
tapi kalu kita senyum walau dalam apa mood sekalipun...
orang tidak dapat agak apa perasaan kita pada masa tu.....
pujangga ni ada baiknyer..... untuk kita sembunyikan situasi pada masa tu....
tapi.... sebaliknyer....
kalaulah mood kita pada masih tu sedih tapi kita tetap senyum...
orang yang ada masalah datang jumpa kita, lalu meluahkan masalahnyer
tak ke sakit kepala.....
dahlah masalah sendiri tak selesai dibeban pula masalah lain.
fikir..fikir..kanlah
> Bab Kata Nabil.... Lu Pikirlah Sendiri <
Isnin, 6 April 2009
Jika Kamu Tahu




setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.....janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.....kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang.... setelah ia mula meyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... jangalah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu.....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula..... akhirnya ia dibuang..... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya.....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.
Satu Hari Di Hari Raya
Ni gambar aku dan keluargaku.. gambar ni di ambil raya tahun lepas. Raya tahun ni mungkin tak semeriah raya tahun lepas kot. Almaklumlah semua dah berkeluarga masing-masing ada giliran masing-masing. Tema tahun lepas hijau.. tapi ada juga yang rabun warna, yang tu boleh tahan lagi tu.. yang tak tahan nyer ada sorang tu tak tau raya apa yang dia sambut. Yang lain pada yang lain tu abang aku... dialah yang banyak bagi support kat keluarga.. nak buat macam mana rezeki mengalir lebih kat dia. Apa-apapun aku doakan moga abang-abang dan kakak-kakakku mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. > Amin<
Sabtu, 4 April 2009
Langgan:
Catatan (Atom)



