Isnin, 6 April 2009

Jika Kamu Tahu


Jika kamu memancing ikan.....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.....janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.....kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang.... setelah ia mula meyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... jangalah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu.....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula..... akhirnya ia dibuang..... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya.....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

2 ulasan:

tokder berkata...

apa kena mengenanya entri mung ini ngan gambor bipasha basu dan john abraham?

dalam maksud kata2 mung ni..sedihnya aku sebagai ikan yg terlekat di mata kail..pilunya aku sebagai nasi sepinggan yg dah basi..

Tanpa Nama berkata...

kesian ke ikan...hehe