Isnin, 6 April 2009

Jika Kamu Tahu


Jika kamu memancing ikan.....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.....janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.....kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang.... setelah ia mula meyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... jangalah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu.....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula..... akhirnya ia dibuang..... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya.....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

Satu Hari Di Hari Raya


Ni gambar aku dan keluargaku.. gambar ni di ambil raya tahun lepas. Raya tahun ni mungkin tak semeriah raya tahun lepas kot. Almaklumlah semua dah berkeluarga masing-masing ada giliran masing-masing. Tema tahun lepas hijau.. tapi ada juga yang rabun warna, yang tu boleh tahan lagi tu.. yang tak tahan nyer ada sorang tu tak tau raya apa yang dia sambut. Yang lain pada yang lain tu abang aku... dialah yang banyak bagi support kat keluarga.. nak buat macam mana rezeki mengalir lebih kat dia. Apa-apapun aku doakan moga abang-abang dan kakak-kakakku mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. > Amin<

Sabtu, 4 April 2009

METEOR GARDEN


METEOR GARDEN I


METEOR GARDEN II

Boys Over Flowers



Aku sudah tamat menonton cite ni.. tapi bagi aku cite ni idoklah sesedap mata memandang hero-heronyer. Cite korea apalah sangat.... kisahnyer mestilah berkisar cintan terhalang borring tul aku. Tapi nak wak cam mane dah ke minat tu tengok aje le...Tak ada kisah yang lebih ummh cikit ke yang boleh merobek hatiku bab kata Mas Idayu.. Tapi dalam cite ni kesian betul aku kat Ji Hoo, napelah org baik cam dia tak ade org nampak......Tok macamana pendapat Tok ending cite ni, tapi setahu aku Tok mana ada perasaan semua citerpun mesti ayer mata ayer nok kuor... entah apa-apa ah Tok.

Isnin, 30 Mac 2009

are they married?

sunny chan and jessica hsuan

Ahad, 29 Mac 2009

they have been married

Han Chae Young & Choi Dong Jun




Sorimachi Takashi from GTO is married to Matsushima Nanako




he is married to Anita Yuen Wing-Yee. they have a son named Morton.



HADIS PENJAGAAN AKHLAK


BAB SYURGA
عَنْ أَبِى سَعِيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَأَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِيْنَ هُمْ أَهْلُهَا فَأِنَّهُمْ لا يَمُوتُونَ فِيْهَا وَلا يَحْيُوْنَوَلَكِنْ نَاسٌ أَصَا بَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُوبِهِمْ أَوْ قَالَ بِخَطَايَاهُمْفَأَمَا تَهُمْ اِمَاتَةً حَتَّ اِذَاكَانُوا فَحَمَا أُذِنَ بِالشَّفَاعَةِ فَجِئَ بِهِمْ صَبَائِر فَبُشُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ ثُمَّ قِيْلَ يَاأَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيْضُوا عَلَيْهِمْفَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحَبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ
Dari Abu Said, katanya " :Bersabda Rasulullah s.a.w. : " Bahawa penghuni neraka yang abadi,selamanya tidak akan mati dan sentiasa hidup menderita. Tetapi ada pula kaum yang dibakar sekadar dosanya, kemudian di matikan, setelah menjadi arang, datanglah pembelaan. Golongan itu di bawa sekelompok-sekelompok lalu diserahkan kepada sungai syurga, kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkan dan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang terdampar dibawa oleh air bah."
Hadis sahih riwayat Muslim
>entry ini khas untuk tok der<